Tuesday, March 17, 2009

MADAH MUQADDIMAH 3

Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
....... dan Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
khas buat

CAHAYA ILAHI

Monday, March 2, 2009

MADAH MUQQADDIMAH 2

kelmarin...
hidupku ibarat terperangkap di satu ruang gelap tanpa cahaya...
tidak ditemani sesiapa...
cuma air mata sebagai teman membasahi duka...



semalam...
aku didatangi satu ..nur.. suci..
yg mengiringi ku ke ruang dimensi..
cuma satu hati menyambutku iaitu teman...
aku seperti musafir mendapat seteguk air minuman...
dari seorang budi insan perawan...



hari ini...
hari semakin hari..
aku dibelai dan dikasihi...
dgn alunan AL QURAN DAN AL SUNNAH..
tidak disangkal tidak disanggah..
sehinggalah ku sedar...
aku cuma insan biasa..
aku cuma insan hina...
layakkah aku disisi YANG MAHA ESA?



esok...
megahnya aku berdiri...
dengan bantuan dari Ilahi...
sumpahku tidak berdendam tidak berdengki...
itulah rahsia kejayaanku hari ini...



selamanya...
aku bertuah di landasan ku ini..
dihadiahkan insan yg berbudi pekerti...(^^)
dan dicurahkan rahmat setiap hari..
tanpa mengira detik dan ketika ini..
aku masih dilimpahi rezeki...



justeru itu...
Diri yg hina ini memohon kepadamu YA ALLAH...
yg mencipta langit dan bumi...
yg bisa menghuraikan segala yg tersembunyi..
yg bisa menghancurkan segala2 isi...
Ampunilah dosa hamba2 Mu...
dari saat hambaMu tidak mengenali diri...
sehinggalah hambaMu bertemu dgn Mu suatu hari nnti.....



Engkau lah segala galanya bagiku..
hidupku...
tidurku...
sujudku...
dan matiku...
hanyalah kerana Mu...
YA ALLAH,YA TUHANKU....